24 August 2023

DAKWA KENA 'BLOCK', NABILA HUDA TAK KENAL SIAPA NAD ZAINAL? - SAKINAH : "SAYA JUMPA AWAK DI ALAM LAIN... DI SITU TIADA RADAR"



"Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari 'radar'. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu 'high school' untuk saya. Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja."
Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan pelakon Nad Zainal yang berkata, dia memilih untuk tidak fokus kepada mereka yang sudah hilang dari 'radar' apabila dikatakan bermasam muka dengan beberapa rakan artis yang dulu kawan rapatnya.

Kini memilih untuk mengutamakan suaminya, pelakon Ungku Ismail dan anak-anaknya berbanding perkara lain, Nad berkata, masing-masing sudah dewasa dan dia mahu memberi fokus kepada mereka yang kekal untuk bersamanya.

Klik untuk gambar besar
"Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus. Contohnya seperti suami, anak-anak dan peminat yang banyak mendoakan walaupun saya sudah sihat.

"Bukanlah hendak katakan saya sudah matang, cuma saya fokus kepada mereka yang ada dan kekal untuk bersama. Banyak lagi yang ingin saya fikirkan," tutur Nad yang turut meluahkan rasa syukur kepada peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan serta mendoakan buat kesihatannya.

"Kadang-kadang saya tengok peminat atau orang yang dari luar sendiri datang dari jauh menunjukkan penghargaan kepada saya. Jadi perkara sebegitu yang mengajar saya. Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita.
"Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang," ujarnya yang dirawat di pusat perubatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru, hujung tahun lalu, malah, ketika itu rakan-rakan selebriti telah melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarga

Sementara itu, rakan-rakan artis iaitu pelakon Nabila Huda dan Sharifah Sakinah dilihat telah meluahkan rasa kecewa mereka.

Komen Nabila yang ditinggalkan dalam hantaran di Instagram Hlive semalam telah menjadi perhatian ramai apabila mengatakan tidak mengenai pelakon Nad Zainal dan difahamkan, perkongsian itu memaparkan Nad yang ditemu bual mengenai isu dipercayai bermasam muka dengan rakan selebriti.
Menerusi video yang dikongsikan Hib Glam, Nabila berkata, dia tidak mengenali Nad Zainal, namun pelik Instagram miliknya telah disekat (block) apabila tidak tertera dalam senarai pengikutnya.

Nabila yanb menunjukkan 'bukti' disekat itu turut mengatakan secara sarkastik mungkin dia tidak dapat mengingati kerana sebelum ini dua kali dijangkiti C0V1D sehingga memberi kesan kepada ingatannya.

Selepas Nabila Huda memberikan komen berbaur sarkastik terhadap Nad Zainal, kini giliran pelakon Sharifah Sakinah pula yang membuat keputusan untuk tidak lagi mempunyai apa-apa-apa hubungan dengan wanita yang pernah menjadi kawan baiknya itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Sakinah dalam Instagramnya, pelakon berusia 34 tahun itu dilihat telah berkongsi semula doa yang pernah ditujukan kepada Nad semasa pelakon itu koma akibat mengalami pendarahan dalam paru-paru pada sekitar penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Sakinah atau mesra disapa Kinah itu berpendapat sudah masanya dia memadam perkongsian doa tersebut dan berharap akan bertemu dengan pelakon tersebut di alam lain (akhirat), selepas hubungan persahabatan mereka 'retak'.

"Dah boleh delete (padam) hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain (akhirat). Di situ tiada radar," tulis Sakinah yang dalam masa sama turut meninggalkan kata-kata berbaur sinis untuk menjawab semula kata-kata Nad apabila menganggap pergaduhan dalam persahabatan suatu isu remeh dan enggan mengambil kisah.
"Berkata-katalah dari dalam hati, letakkan kaki anda di bumi. Fikiran narsistik, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir anda," katanya.

Isu bermasam muka antara Nad Zainal dan beberapa orang sahabatnya menjadi bualan selepas pelakon drama 'Takdir Yang Tertulis' itu pulih daripada koma sebelum berkahwin buat kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat persahabatan mereka ini dan dapat selesaikan secara baik jika ada permasalahan yang berlaku.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: