24 August 2023

BILA IBU SHILA AMZAH MUAT NAIK VIDEO DEDAH ANAK DIPAKSA BUAT PENGAKUAN CURI KERETA



Semua sedia maklum mengenai perkongsian ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman baru-baru ini, dimana dia mendedahkan kemelut rumah tangganya dengan penyanyi dan pelakon 1980-an, Datuk ND Lala selepas bercerai pada 2 Ogos lalu, selain turut berkata bekas madunya pernah membuat laporan polis mendakwa anaknya mencuri kenderaan miliknya.
Bukan itu saja, wanita tersebut meminta kenderaan itu dipulangkan serta memaksa anaknya membuat permohonan maaf bertulis dan membaca pengakuan tersebut sambil dirakam oleh bapa kandungnya sendiri.

Terbaru, Fauziah dilihat ada memuat naik video kejadian itu di TikTok bagi menyokong kenyataan yang dibuatnya itu. Menerusi video itu, ND lala dilihat sedang memegang telefon dipercayai merakam kejadian berkenaan.
Kelihatan wanita yang memakai jubah hitam serta berniqab dipercayai isteri baru ND lala yang sedang memeriksa barangan di dalam but kereta tersebut.

Perkongsian video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ND Lala seperti 'sesuatu' apabila melihat gerak-gerinya.

Dalam pada itu, ada yang berharap agar ibu Shila Amzah itu 'move on' dan tabah dengan dugaan tersebut kerana apa yang ada di atas dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: