09 September 2023

"ASLAM MEMANG BERNEKAD NAK BERUBAH" - WANITA DAKWA BEKAS SUAMI AKUI LEMAH BILA MARISSA DATANG KEJAR BALIK



Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 18, apabila dia didakwa menjadi penyondol rumah tangga wanita bernama Misya.
Terkini, wanita tersebut menerusi perkongsian di X itu dilihat ada berkongsikan video dimana ia memaparkan bekas suaminya, Aslam cuba mengatakan kepada ahli keluarga Misya bahawa dia nekad untuk berubah.

Bagaimanapun, lelaki itu menjelaskan, dia tidak berjaya selepas Marissa datang balik mengejarnya dan mengakui itu adalah kelemahan dirinya.

Klik untuk gambar besar
"Sekarang ni Aslam nak main nama Allah pun tak boleh, semua tak percaya Aslam lagi dah, nak minta maaf pun dah tiada guna. Tapi apa yang Aslam boleh cakap, semua ni selepas semua terjadi tu Aslam memang bernekad nak berubah.

"1 bulan lebih macam tu dia datang balik kejar-kejar, Aslam tak boleh la itu kelemahan Aslam. Aslam tak boleh nak lawan kelemahan sendiri," katanya.

Terdahulu, tular perkongsian Misya di X mendakwa anak kepada selebriti itu menjadi punca rumah tangga musnah. Malah, turut dikongsikan bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: