09 September 2023

"SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ABANG" - SHIMA LUAH RASA SEDIH RAKAN DUET PERGI SELAMANYA, TAK SEMPAT DUET LAGI



"Shima sedih kehilangan rakan duet yang banyak mengajar Shima cara menyampaikan nyanyian dalam lagu-lagu lama. Dia seorang yang ramah, orangnya baik.
"Kita juga nak duet lagi bila abang dah sampai KL, dan abang nak buatkan lagu untuk duet kita nanti. Tapi sekarang abang Fairuz pergi buat selamanya. Salam takziah buat keluarga abang."

Demikian tulis penyanyi Baby Shima menerusi laman Instagram miliknya, dimana dia meluahkan perasaan sedih atas kehilangan pasangan duetnya, Fairuz Misran, 38, yang meninggal dunia semalam.

Dalam hantaran tersebut, Shima sedih kehilangan Allahyarham yang turut dikenali sebagai 'klon' P Ramlee yang banyak membantu karier nyanyiannya terutamanya lagu-lagu klasik.

Menerusi perkongsian sama, Shima memaklumkan mereka sepatutnya berduet lagi selepas lagu 'Ikatan Asmara' dan 'Bak Zaman', namun tidak kesampaian apabila pasangan duetnya itu menghembuskan nafas terakhir di Labuan pada jam 1.30 tengahari, semalam.

Untuk makluman, Allahyarham yang juga juara Bintang P Ramlee 2012 itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: