09 September 2023

SOPHIA ALBARAKBAH SAHKAN SUDAH PUTUS DENGAN KEKASIH, 'MR DOKTOR'



Pelakon Sophia Albarakbah, 30, yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dikenali 'Mr Doktor', mengesahkan dia dan kekasihnya itu sudah pun putus.
Jelas Sophia, perpisahan adalah perkara perit untuk dilalui memandangkan hubungannya dengan lelaki itu sudah hampir dua tahun.

"Saya enggan ulas banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi kehidupan peribadi kepada umum. Walaupun sudah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan.

Klik untuk gambar besar
"Selama ini saya susah rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian. Sebab itulah, saya dah tak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini.

"Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja," kata Sophia yang turut memberitahu, dia tidak menyedari berat badannya semakin susut dan tidak menolak salah satunya berpunca akibat putus cinta.

"Putus cinta pun salah satu faktor kerana saya kurang selera makan, tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Jujurnya saya pun tak perasan saya dah kurus sehinggalah ada kawan-kawan yang tegur," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: