21 September 2023

"DIA TIDAK BAGI SEPENUHNYA (NAFKAH) PADA SEPTEMBER 2021" - BEKAS MADU MIERA LEYANA DAKWA KERETA MEWAH DITARIK BALIK & DIGANTI KERETA LEBIH LAMA



"Masa mula-mula dia ada bagi (nafkah) dalam tujuh hingga lapan bulan selepas kahwin lain tapi bila hampir setahun, dia mula mengabaikan.
"Mula tidak balik, duit pun dia tak bagi... Dia tidak bagi sepenuhnya pada September 2021," ujar bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abd Mutalib yang mendakwa tidak menerima nafkah sebanyak RM15,000 daripada bekas suaminya, Rosland Othman sejak September 2021.

Jelas Adibah, bekas suaminya hanya memberi nafkah penuh selama lapan bulan selepas berkahwin dengan pelakon itu pada Julai 2020. Namun begitu, kata Adibah, Rosland masih memberi perbelanjaan jika diminta oleh anak-anak membayar bil termasuk ansuran rumah, kereta, elektrik, air dan sebagainya.

"Rosland ada bayar sikit tapi bila anak-anak minta. Dia bukan tak bagi langsung, dia bayar ansuran rumah, kereta, air, api (elektrik), internet... Bukan tak bayar tapi yang asas dia lunaskan.

Klik untuk gambar besar
"Terima kasih untuk itu Rosland, cumanya duit poket dia tak bagi. Tak dapat nak pergi klinik gigi, rawatan muka, isi minyak," tuturnya yang turut memberitahu mahkamah kereta mewah yang diberikan oleh bekas suaminya itu sebelum ini juga sudah ditarik balik dan diganti dengan kereta lebih lama.

Pada 2 Ogos lalu, Adibah dan Rosland sah bercerai talak satu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995. Mereka dikurniakan lima orang anak perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Rosland juga berkahwin kali kedua dengan pelakon Miera Leyana pada Julai 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: