Minggu lalu, tular di media sosial video kejutan kemunculan pengarah dan penerbit Yusof Haslam sebagai 'cameo' dalam program Sepahtu Reunion Live yang turut membabitkan bekas menantunya, pelakon Puteri Sarah, dimana ia telah mengundang perhatian ramai yang rata-ratanya sebak menontonnya.
Namun begitu, Puteri Sarah, 38, nampaknya terus menjadi sasaran segelintir netizen yang kurang senang dengan hubungan baik dan rapat di antaranya dengan bekas bapa mentua.
Bagaimanapun, menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Puteri Sarah telah mendapat komen daripada netizen yang meminta dia menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan isteri pengarah Syamsul, Ira Kazar.
Klik untuk gambar besar
"Kau sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah," tulis individu itu di ruangan komen.
Tidak berdiam diri, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu membalas komen individu terbabit dengan memintanya membuang sedikit perasaan busuk hati yang ada dalam diri.
"Haha adoi... buang sikit busuk hati tu dik," balas Puteri Sarah sambil ketawa.
Bukan itu saja, pelakon drama Hijrah Jannah itu juga mendapat komen yang mendakwa dirinya tidak memasak di rumah berbanding Ira yang kini sering berkongsi menu masakannya di media sosial.
Menjawab mengenai dakwaan itu, Puteri Sarah berkata sebagai ibu yang mempuyai anak sudah pasti dia kena memasak juga di rumah setiap hari.
"Kalau ada anak, memang hari-hari kena masak. Takkan nak bagi anak lapar," katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul, 39, pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Namun, pada 14 Jun lalu, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Syamsul bagaimanapun sudah berkahwin kali kedua dengan Ira yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi pada 6 Januari lalu di Thailand.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment