18 September 2023

EBIT LEW BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG DAKWAAN MONDY TATO?



"Baru sampai dari Jeddah 12.00 malam tadi terus ke balai polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya.
"Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya," ujar Ebit dipetik sebagai berkata melalui Instagramnya.

Mungkinkah ia susulan dakwaan Mondy Tato yang mengatakan ada seorang Ustaz yang mengusap pipinya dan seakan mahu menciumnya baru-baru ini?

Klik untuk gambar besar
"Dia kan pandai agama. Tapi kenapa tiba-tiba pegang tangan saya?" dakwa Mondy.

Sehubungan itu, ramai penyokong Ustaz Ebit rasa marah dan mendakwa bantuan Ustaz tersebut yang membantu Mondy seolah 'melepaskan anjing tersepit'.

Malah Mondy juga dituduh kuat berlakon memerlukan bantuan Ustaz itu di Indonesia meskipun sudah popular di laman sosial.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: