18 September 2023

SOAL NIKAH - ZARINA ANJOULIE ENGGAN TERGESA-GESA, MAHU BAIKI DIRI JADI LEBIH BAIK



Pelakon Zarina Anjoulie sebelum ini mengesahkan sudah kembali bertunang dengan Datuk Seri Khazrul Elzey, selepas berkongsi beberapa foto serta video memaparkan dirinya bersama tunangnya dan anak-anak sedang menikmati makan malam.
Dalam hantaran itu, Zarina dilihat seakan memberi bayangan mahu menjalinkan semula hubungan dengan bekas tunangnya, apabila dia tidak tolak sekiranya ada jodoh dengan Khazrul.

Ditanya mengenai perancangan seterusnya, Zarina yang mesra disapa Anju, 36, memberitahu, dia enggan tergesa-gesa fikir pasal kahwin, sebaliknya mahu dirinya dan tunangnya itu memperbaiki diri selepas kembali menjalin hubungan semula.

Jelasnya lagi, dia memang ada niat berkahwin dengan Khazrul, 45, namun tetap percaya kepada ketentuan jodoh sama ada hubungan mereka berhasil atau tidak untuk melangkah ke fasa berkahwin.

Klik untuk gambar besar
"Sudah bertunang balik dan Alhamdulillah 'happy'. Saya rasa sekitar bulan lepas. Dua-dua saling memujuk, mengalah, rindu. Kami dua-dua gila disebabkan itu boleh bergaul sangat baik.

"Anak dia sayang anak saya, begitu juga anak saya. Kami memang sudah cukup rapat. Malaslah lagi nak cari orang lain. Niat itu ada, tapi macam orang cakaplah jodoh itu di tangan Allah. Saya tak tahu. Mungkin akan menjadi, mungkin tidak.

"Apapun, pertama sekali kami masing-masing kena jadi lebih baik daripada kesilapan lalu," kata pelakon drama 'Jack Yusof' itu yang juga akui, dia mahu belajar daripada pengalaman lalu untuk perkukuh diri terlebih dulu jika ingin kembali mendirikan rumah tangga.
"Belajar untuk bersabar, tak ulang buat silap yang sama. Selepas itu baru bincang kahwinkah atau macam mana. Yang penting itu nak kukuhkan diri sendiri dulu, kukuhkan hubungan kami.

"Kami nak ambil pendekatan perlahan-lahan. Satu langkah pada satu masa. Mungkin sebelum ini terlalu tergesa-gesa. Tiga bulan terus kemaruk cinta. Muhasabah diri dululah kan," ujarnya.

Terdahulu, pasangan ini pernah bertunang dan berkongsi berita gembira tersebut di media sosial pada 22 Januari lalu, namun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan dia telah pun putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: