18 September 2023

"PILIHAN SAYA SENDIRI... AURAT BUKAN TUTUP RAMBUT SAJA." - RAJA AZMI AKUI DIRINYA MASIH ON & OFF PAKAI TUDUNG



"Saya memang 'on & off' pakai tudung. Memang pilihan saya sendiri. Pada saya, aurat bukan tutup rambut saja tapi banyak lagi seperti jaga mulut, pandangan mata. Jadi, buat masa ini saya masih memilih kadang-kadang nak pakai tudung dan kadang-kadang tak pakai.
"Saya pilih kepada kesesuaian. Kalau nak menghadiri majlis ilmu dan agama, saya pakai tudung lengkap. Tapi, kalau hadir majlis biasa-biasa atau urusan kerja, saya tampil ringkas ikut keselesaan."

Demikian jelas penerbit filem dan pelakon Raja Azmi, 64, yang mengakui, dia masih belum memakai tudung sepenuhnya serta lebih selesa menggayakan mengikut keseusaian majlis.

Kata Raja Azmi, menutup aurat bukan rambut sahaja semata-mata tetapi banyak lagi yang perlu di ambil kira termasuk percakapan dan pandangan mata.

Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu, ada juga netizen bertanya apabila dia memuat naik gambar tidak bertudung sepenuhnya, namun dia akan memohon maaf.

"Dulu memang ramai yang bertanya, mana pergi tudung dan saya akan jawab terlupa, tudung dah ke laut, dan bermacam lagi jawapannya. Saya mengaku saja dan memohon maaf.

"Tapi, bagi saya Islam itu bukan hanya bertudung. Malah, yang pasti saya amat menjaga aurat lain seperti jauhkan diri daripada mengumpat, jaga pandangan mata melihat yang baik-baik dan sebagainya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: