19 September 2023

SYASYA DOLLA NAFI DAKWAAN AMBIL MINUMAN KERAS : "MEMANG ADA DIHIDANGKAN ALKOHOL NAMUN SAYA TIDAK PEGANG ATAU MINUM"



"Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.
"Jadi kenyataan kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah. Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum. Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan."

Itulah jelas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya yang menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dirinya mengambil minuman keras ketika hadir di sebuah acara hiburan.

Kata Syasya, video tular itu adalah fitnah bertujuan untuk menjatuhkan serta memburukkan imejnya.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ketika muncul dalam satu program temu bual, Syasya didakwa tidak profesional.

Berhubung kontroversi tersebut, Syasya memberitahu, video itu telah disunting sehingga menimbulkan salah faham di kalangan netizen.

"Kalau lihat video penuh, saya sentiasa senyum sepanjang temu bual itu dan saya berperwatakan seperti biasa. Mungkin disebabkan suntingan yang tersebar di media sosial, ramai yang salah faham.

"Saya minta maaf kalau ada yang anggap saya kurang ajar. Selepas ini saya akan lebih profesional," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: