"Saya mendapatkan nasihat peguam, dalam kes ini sepatutnya tiada siapa menang atau kalah. Keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk kedua-dua pihak.
"Jadi saya ambil keputusan untuk berikan hak penjagaan anak kepada ibunya dan saya diberikan kebenaran untuk melawat serta peluang bermalam bersama anak.
"Kalau sebelum ini saya mahukan hak penjagaan penuh, tetapi rasanya lebih baik seperti yang ditetapkan dalam keputusan interim.
"Boleh sahaja berbincang di luar mahkamah, tetapi bagi saya penting untuk dapatkan perintah supaya kemudian hari tidak timbul salah faham. Mungkin akan berlaku saya sendiri yang tidak berpuas hati jika keputusan dibuat oleh kami sendiri.
"Sebelum ini pun saya tidak ada masalah untuk dia (Fatin) mendapat hak penjagaan penuh, cuma saya bawa kes ini ke mahkamah kerana mahukan hak untuk berjumpa anak."
Demikian kata pelakon Adam Shahz yang bersedia untuk berkompromi serta menyerahkan hak penjagaan penuh anak tunggalnya, Ivy Herra Sophia kepada bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa.
Jelas Adam, ianya demi kebaikan kedua-dua pihak serta isu tersebut tidak sepatutnya berlarutan kerana boleh memberi kesan kepada pembesaran anak mereka.
Dalam pada itu, Adam turut berkata, kemelut yang berlaku mematangkan dirinya, malah hubungannya dengan bekas isteri itu baik sahaja dan tiada masalah untuk berjumpa dengan anak.
"Mungkin disebabkan pertelagahan sebelum ini membuatkan kita lebih kenal diri sendiri. Hubungan saya dan Fatin juga baik-baik sahaja. Saya tidak ada masalah untuk berjumpa anak," jelasnya.
Untuk makluman, Adam pernah berkahwin dengan Fatin pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment