08 September 2023

HAMPIR DUA TAHUN PEMERGIAN ANAK SULUNG - AZMI SAAT SAHKAN ISTERI HAMIL TUJUH BULAN ANAK KEDUA



Selepas diduga dengan pemergian anak sulung, Allahyarham Khairul Afnan, penyanyi Azmi Saat mengesahkan isterinya, Nazira Muhammad kini sedang hamil anak kedua mereka.
Menanti selama hampir dua tahun, Azmi berkata, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata, selain memaklumkan, kehamilan isterinya sudah mencecah usia kandungan tujuh bulan.

"Alhamdulillah, saya tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata ini yang dijangka dilahirkan, Insya-Allah pada November depan.

"Ini eksklusif, saya dan isteri sudah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama, Allahyarham Khairul Afnan," kongsi Azmi yang juga penyanyi kumpulan Caliph Buskers ini.

Klik untuk gambar besar
Tambah Azmi lagi, isterinya juga berkelakuan pelik dengan suka tidur di lantai sepanjang tempoh kehamilan berkenaan.

"Kalau tidur pun dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai. Saya berasa pelik sampai nak pergi tandas tertendang dia sebab tak perasan dia tidur di atas lantai itu. Kasihan isteri saya," katanya.

Untuk makluman, Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak sulung diberi nama Khairul Afnan, namun meninggal dunia pada 30 September 2021.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: