14 September 2023

ISU DA'I SYED TERLIBAT KES ROGOL - HANA ISMAIL AKUI IA PERNAH GOYAHKAN RUMAH TANGGA, BERGADUH DENGAN SUAMI



Umum semua sedia mengenai pendakwah bebas, Da'i Syed yang sebelum hangat diperkatakan selepas terpalit kes rogol.
Menerusi program Podcast baru-baru ini, isteri Da'i Syed iaitu pengacara Hana Ismail mengakui kontroversi yang melanda suaminya itu memberi kesan kepada rumah tangga mereka.

"Tipulah kalau tak menggoyahkan sebenarnya sedikit sebanyak ia menjejaskan. Kami kadang-kadang sampai bergaduh mengenai isu ini. Macam mana kita nak menanggapi isu ini sebab suami caranya lain, saya caranya berbeza.

Klik untuk gambar besar
"Kadang-kadang bila ada yang menghasut seperti ini ianya mendatangkan syak wasangka kepada saya sebagai seorang isteri," katanya.

Tambah Hana, dia bagaimanapun lebih memilih untuk bertafakur dan bermuhasabah diri dalam membantu dirinya lebih tenang serta berharap rumah tangganya bersama Da'i Syed kekal hingga ke akhir hayat.
"Jadi saya berdoa, saya harap saya diberikan kekuatan dan Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kami berdua.

"Dan saya berharap agar rumah tangga kami ini kekal sampailah ke akhirnya dan ke syurga, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Da'i Syed menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: