13 September 2023

BERANG KERETA ALPHARD REMUK LANGGAR TEMBOK - INI JELAS KAK KM ISU 'M4KI' SUAMI



"Hancur kereta aku si*l betul. Minta maaf pun tak ada p*kimak. Terus tekan minyak sekuatnya. B*bi punya manusia. Ini namanya menaya, tak tahu sama-sama jaga harta."
Itulah kata usahawan sensasi, Kak KM yang meluahkan rasa berang dengan suaminya iaitu Razman Ramli apabila kereta mewah miliknya jenis Toyota Alphard yang dipercayai dipandu suaminya itu mengalami kerosakan teruk selepas melanggar tembok rumah.

Difahamkan kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Kuala Lumpur pada malam Selasa ketika dia tiada di rumah.

Berkongsi kejadian tersebut menerusi muat naik video di TikTok, suami Kak KM memberitahu, dia tidak sengaja menekan gear mengundur lalu menghentam tembok belakang rumah.

Klik untuk gambar besar
"Tertekan adui. Dah nak parking nak masuk gear P (parking) tapi tak perasan baru masuk gear R (reverse)," katanya.

Melihat pada video berkenaan, turut kelihatan sebuah lori tunda bersama beberapa orang pekerja membantu mengeluarkan kereta berkenaan yang sudah 'terkepak' pintu bahagian pemandu.

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mereka tidak sanggup mendengar Kak KM mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan kepada suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, ada netizen berpendapat tidak perlu memaki hamun sedemikian kerana kejadian yang berlaku itu tidak disengajakan.

Dalam pada itu, ada kalangan netizen mengaitkan kelakuan Kak KM dengan kenyataan Datuk Rosyam Nor berkenaan wanita akan menjadi angkuh apabila memiliki kerjaya hebat dan duit. Malah, mereka bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

Berhubung hal tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tampil menjelaskan sebab kenapa dia berang dan meluahkan rasa kesal terhadap suaminya itu.
Ini kerana kata Kak KM, suaminya enggan memohon maaf serta mengakui kesilapan diri selepas menyebabkan kereta miliknya itu mengalami remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah.

Meskipun reda dengan apa yang berlaku, ibu kepada empat cahaya itu akui, dia tetap tidak berpuas hati dengan sikap suaminya itu.

"Saya bukan marah fasal kereta rosak dan remuk teruk bahagian belakang. Saya marah sebab dia (suami) langsung tidak minta maaf. Kejadian yang berlaku kita memang tak boleh nak elak. Apa yang membuatkan saya lebih marah apabila dia tak mengaku silap sendiri," jelasnya.
Tambah Kak KM lagi, dia berkongsi video tersebut bukanlah untuk memburukkan suami tetapi mahu menjadi pengajaran kepada ramai supaya lebih terbuka hati mengungkap kata maaf apabila melakukan kesilapan.

"Itu kereta saya, kalau dia minta maaf rasanya dah selesai semua dan saya pun tak perlu nak marah-marah," ujarnya yang berharap suaminya itu mengambil tanggungjawab membayar cukai jalan dan insurans untuk tahun hadapan selepas dia membuat tuntutan memperbaiki kereta itu.

"Saya akan claim insurans untuk hantar baiki. Tahun hadapan dia kenalah bayar insuran dan road tax. Tak kan saya nak bertanggungjawab lagi," tutur anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: