13 September 2023

AKHIRI ZAMAN DUDA 23 SEPTEMBER DEPAN - NOH SALLEH KONGSI BAJU NIKAH



Semua sudah sedia maklum mengenai vokalis Hujan iaitu Noh Salleh yang telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Fatin Athira Mustapa yang merupakan seorang peguam.
Terkini, menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, Noh yang bakal disatukan dengan tunangnya pada 23 September depan itu telah memuat naik gambar persalinan pengantin dipercayai busana untuk majlis pernikahannya.

Hantaran berkenaan telah menjadi perhatian, dimana ia mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan peminat yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Klik untuk gambar besar
Pada gambar tersebut, turut tertera nama Noh dan Athira pada penyangkut baju busana pengantin berwarna putih berkenaan serta tarikh 23 September seperti mana yang diperkatakan sebelum ini.

Terdahulu, majlis pertunangan Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh, 38, dan pasangannya itu diadakan secara tertutup di kediaman wanita tersebut di Putra Heights, Subang Jaya pada 7 Mei lalu

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: