13 September 2023

HANTARAN BEKAS ISTERI ND LALA CURI TUMPUAN : "RUMAHKU KINI SUDAH BERPENGHUNI... BUKAN DIRIKU YANG BERTEDUH LAGI"



Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, bekas suami penyanyi dan pelakon era 80-an, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah memuat naik video anaknya, Syada Amzah yang menyanyikan semula lagu berjudul 'Rumah' nyanyian asal, Dalia Farhana itu.
Melihat kapsyen hantaran tersebut, Fauziah menulis sebahagian lirik lagu berkenaan, dimana ia telah menyentuh hati peminat.

Antara lirik yang membuat peminat tersentuh adalah mengenai kenangan yang tersimpan rapi dalam hati walaupun berat untuk meninggalkan 'rumah'.

"Rumahku kini sudah berpenghuni. Bukan diriku yang berteduh lagi. Kan ku jalani. Walau berat kaki untuk melangkah pergi.

Klik untuk gambar besar
"Sudah ku kemas segala memori. Ku simpan rapi hanya dalam hati. Tak ingin pergi, tapi kau bukan rumahku lagi," tulisnya yang turut disertakan dengan emoji menangis.

Hantaran sama turut diiringi dengan tanda pagar iaitu '8 tahun hidup dalam penipuan' dan 'ndlalaofficial'.

Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut Fauziah memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan dan tidak kurang juga, ada yang berkongsi kisah pengalaman mereka.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: