"Papa n mama is back !!!!!! more drama more controversy more shopping 🤣🤣🤣 stay tuned ..... Ps jgn berlakon cam korang tak suka drama kita ye 🤣🤣🤣🤣
"Thank u tunangku, ur so sweet la 😍 n also to all my kids ❤️ love all of u choo much .... such a lovely dinner ❤️ Erin sayang thank u for coming ... I know ur always busy but u made time untuk datang tonight... love u my sweet daughter ❤️
"MARTIN MUKA MONYOK SEBAB TAK DAPAT BALIK IKUT POVA 🤣🤣🤣 dia rindu kakak dia ❤️
Klik untuk gambar besar
"Cerita semalam ❤️ dinner at Arte 66 By Thomas Chan... Let me tell u the service was superb.. all the staff were super nice n helpful. The place was amazing !!!! The food also sedap ❤️ thank u @artebythomaschan ...
"N papa u the best me luv u always. Pova, Erin, Martin mama loves all of u .... U guys complete me ❤️," tulis pelakon Zarina Anjoulie menerusi laman Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Zarina yang mesra disapa dengan panggilan Anju, berkongsi beberapa gambar dan video dia makan malam bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey serta anak-anak mereka di satu restoran mewah di ibu kota.
Berhubung hantaran tersebut, Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 36, akui sudah kembali bersama dengan bekas tunangnya itu, sekaligus menjawab mengenai status perhubungannya dengan Datuk Seri Khazrul Ezley yang merupakan seorang duda.
"Ya, kami sudah kembali bersama dan bertunang dua minggu lepas. Sebenarnya kami memang sudah berkawan lama. Sebelum ini pun, ketika bergaduh dan putus tunang, kami masih berkawan macam biasa. Mungkin sebab sikap saling memahami kami itu kuat. Itu yang selesa berkawan semula.
"Lagi pula, sewaktu tidak bersama dulu kami dah cuba berkawan dengan orang lain. Tapi tak boleh. Macam dia, ada saja wanita yang cuba mendekatinya. Saya pun sama. Tapi, tetap tak boleh.
"Jadi, macam sekarang ini kami cuba perbaiki diri. Kawal perasaan tak nak gaduh macam sebelum ini. Gaduh kawan dengan kawan tak sama dengan kawan yang akhirnya bercinta kemudian gaduh. Sebab perlu ambil masa untuk saling mengenali hati budi," jelas pelakon filem 'Hantu Kuat Ketawa' ini.
Dalam pada itu, Zarina berharap perhubungan yang kembali terjalin ini dapat berakhir ke jenjang pelamin. Selain itu, pelakon ini dalam masa sama turut mempertahankan tindakan tunangnya itu yang sebelum ini banyak berkongsi kisah mereka di media sosial.
"Saya nak jelaskan di sini yang mana dia tidak pernah menggunakan saya untuk mencari publisiti seperti dikatakan netizen. Kalau nak tahu, dari dahulu lagi dia memang suka berkongsi di media sosial. Malah, dengan bekas isteri dulu pun sama. Ada saja kandungan yang dimuat naik di media sosial termasuk di saluran YouTube," ujarnya.
"Macam yang saya pernah cakap sebelum ini, kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Cuma, untuk kali ini kami sudah berjanji tak nak bergaduh macam dulu. Kami cuba untuk menjadi lebih baik. Bukan apa, tidak semua yang berkawan dengan kita sudi terima anak kita. Ada tu yang mahukan kita ja.
"Berbeza dengan kami yang mana sudah saling menerima termasuk kedua belah keluarga kami. Anak kami pun saling menyayangi," tutur Zarina yang turut memberi amaran kepada semua wanita untuk tidak mengganggu tunangnya itu.
"Saya tahu ramai wanita cuba mendekati dia dengan mesej peribadi (DM) di Instagram. Kepada yang cuba menjadi penyondol, ini amaran daripada saya. Jangan sesekali cuba dan berani buat demikian," tegasnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment