12 September 2023

TUDUHAN DITARIK BALIK - AWAL ASHAARI LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulillah, hari yang baik buat kami semua. Selepas sekian lama, kes saya selesai kerana pertuduhan terhadap saya ditarik balik di mahkamah pagi ini.
"Terima kasih kepada semua, semoga Allah merahmati kita semua," tutur pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Awal berkata demikian apabila pertuduhan terhadapnya yang melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara tahun lalu ditarik balik Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Awal meluahkan rasa syukur kes tersebut akhirnya menemui titik noktah selepas hampir setahun kes terbabit berlangsung.

Dalam pada itu, Awal juga turut merakamkan rasa terima kasih kepada peguamnya, Datuk M Reza Hassan kerana sentiasa memberikan khidmat bantuan terbaik.

"Kepada Datuk Reza Hassan terima kasih kerana sentiasa ada di belakang saya," katanya.

Perkongsian Awal di Instagram turut mendapat emoji cinta daripada isterinya yang juga selebriti terkenal, Scha Al Yahya.

Pada 17 Mei tahun lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara dengan nilai kerugian dianggar RM600 pada jam 11.30 pagi, 16 April tahun lalu.

Pengacara itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: