06 September 2023

KONGSI FOTO, VIDEO MELAWAT KOTA DILAKNAT, AL ULA - ZUL ARIFFIN KENA TEGUR



Pelakon Zul Arifin menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah berkongsi gambar serta video yang merakam suasana ketika melawat Al Ula, Arab Saudi.
Bagaimanapun, perkongsian Zul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dimana ada yang menegur tindakan pelakon berkenaan kerana kawasan tersebut dilarang dikunjungi umat Islam.

Sementara itu, ada yang mempersoalkan sama ada agensi pelancongan atau jemaah yang lain tidak memberikan nasihat sebelum ke sana.

Klik untuk gambar besar
Malah, ada yang mengatakan mungkin Zul juga tidak tahu mengenai tempat tesebut tidak boleh dilawati.

"Makin dilarang pergi ke Kota Al Ula, makin ramai yang pergi."

"Zul, kenapa dalam banyak-banyak tempat awak harus memilih Al Ula sebagai tempat percutian."
"Sekarang, yang jadi agensi pelancongan dia (Zul) atau jemaah lain tidak menasihati diakah?" antara komen-komen netizen.

Untuk makluman, Nabi Muhammad pernah mengelak dari melalui kawasan ini kerana ia merupakan kota dilaknat serta tempat Allah SWT menurun azab untuk kaum Nabi Saleh.

Namun, selepas beribu tahun sepi, kerajaan Saudi membuka kota itu sebagai kawasan pelancongan sekaligus mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: