15 September 2023

"SAYA SETUJU WANITA ITU DIANGGAP 'PENYONDOL'... DUA-DUA SAMA PERANGAI" - IBU SHILA AMZAH NAFI DAKWAAN BEKAS SUAMI, AKUI TERBUKA HATI UNTUK BERMADU



"Saya cakap saya dah reda sebab dah macam-macam cara saya buat untuk berjumpa dengannya, tetapi semuanya memang tak dilayan menerusi WhatsApp dan mesej pesanan ringkas.
"Saya dah sedar. Mungkin ini takdir saya dan sudah menerima untuk poligami. Mereka menangis dengar kata-kata saya, tapi di pihak abang ND tak boleh terima."

Demikian kata bekas isteri penyanyi dan pelakon Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman yang tampil menafikan dakwaan bekas suaminya dalam hantaran video di Instagram, baru-baru ini, dimana dia dikatakan tidak bersetuju untuk berpoligami.

Klik untuk gambar besar
Jelas Fauziah, dia sebenarnya bersetuju untuk berpoligami, tetapi ia tidak disampaikan terus kepada ND Lala, sebaliknya disampaikan kepada rakan baiknya iaitu pelakon, Zaidi Omar dan penyanyi, Roslan Madun.

Dalam pada itu, ibu kepada penyanyi Shila Amzah, berkata, dia sayangkan keluarganya dan mencuba pelbagai cara untuk pulihkan keadaan dengan ND Lala, malangnya ia seperti bertepuk sebelah tangan.

"Saya hanya letakkan syarat tak nak ambil tahu langsung mengenai wanita itu (Siti Munirah). Tapi ia hanya berlaku di sebelah pihak saya tanpa ada respon daripada abang ND. Sampai tahap saya dah penat berjuang seorang diri dan buat keputusan untuk berhenti berharap. Sebab bila dia tolak, saya lihat dia tak nak poligami.
"Dia memang makin menjauh dari saya dan saya rasa cukup-cukuplah. Dia pun dah tinggalkan saya setahun lebih dan duit nafkah pun tak beri," ujar Fauziah yang turut mendedahkan, permintaan ND Lala terhadapnya juga agak pelik iaitu memintanya ke pejabat agama untuk sesi kaunseling.

"Kawan-kawannya kata kenapa sampai begitu sekali sedangkan isteri kamu (ketika itu) sedia nak bermadu. Mereka nasihatkan dia supaya selesaikan dengan baik dan dia balik rumah macam biasa. Abang ND kata tak boleh. Saya disuruh pergi kaunseling dan bila orang kaunseling dah 'study' kes, mereka akan panggil dia pula. Selepas itu kami akan ditemukan.

"Mereka tanya lagi selepas itu apa? Dijawabnya jika ada jodoh adalah dan kalau tiada, tiadalah. Boleh pula macam itu. Jadi ceritanya kata saya tak nak poligami memang tak betul," tuturnya yang memberitahu, rakan-rakan artis seperti Datin Suliza Salam juga memberi pendapat dalam perkara ini.
Tambah Fauziah lagi, dia kini sudah tabah dan pulih sekitar 90 peratus untuk berdepan kenyataan, bagaimanapun terkilan dengan sikap bekas suaminya yang langsung tidak mahu bertemu dan bercakap dengannya serta anak-anak.

"Dia kata saya jenis yang setia dan tak boleh hidup tanpa abang ND. Jadi dia nasihatkan saya supaya terima saja bermadu walaupun benda itu pahit. Abaikan saja wanita itu kerana yang penting ND balik rumah dan layan saya macam biasa.

"Ramai lagi yang nasihatkan saya dan itu yang buat saya terbuka hati untuk bermadu. Saya pun ada cakap dengan seorang ustaz dan dia terkejut dengan tindakan saya. Saya kata padanya, saya tak nak kehilangan abang ND kerana dah lebih setahun dia tak balik. Saya dah sampai peringkat dah rindu dia dan dapat dengar suara pun jadilah.
"Saya reda apa yang berlaku terhadap saya. Allah uji saya banyak manalah sangat kalau dibandingkan dengan orang lain. Saya bersetuju wanita itu dianggap 'penyondol' dalam rumah tangga saya. Bagi saya sesuai ayat itu digunakan. Tapi saya tak salahkan dia seorang kerana kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama perangai.

"Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada pengikut-pengikut di Instragram, Facebook dan TikTok yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat pada saya selama ini," jelasnya yang menerima beratus mesej atau DM yang kebanyakannya senasib dengannya, malah dia tidak sempat untuk baca dan balas.

Pada 5 September lalu, Fauziah memaklumkan kes cerai antaranya dan ND Lala selesai secara baik, selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga bersama iaitu pada 1989. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: