15 September 2023

"SAYA MASIH MAKAN GAJI... SAYA BUKAN BOS, SAYA MASIH KULI" - FASHA SANDHA MINTA MAAF



Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha, 39, telah menerima kecaman serta ada yangbsufah 'unfollow' Instagram (IG) miliknya, selepas memuat naik video menampilkan dia dan suami, pelakon Aidil Aziz sedang bermesra dalam tab mandi.
Terbaru, Fasha menerusi IG tampil menjelaskan mengenai video yang dimuat naiknya bersama beberapa tangkap layar komen netizen yang memuji dan mengejinya.

Dalam hantaran itu, Fasha mengucapkan terima kasih atas segala komen dan memberitahu bahawa dia hanyalah individu yang makan gaji dan menjalankan tugas.

Klik untuk gambar besar
"Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen. Kalian yang memuji, terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih. Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan bos, saya masih kuli.

"Saya minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya," tulis Fasha yang juga turut meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan rumah tangganya bersama suami yang kini sudah menjengah ke usia enam tahun.
"Pejam celik, dah enam tahun kami bersama. Syukur. Apa pun, ya, perkahwinan ini adalah pinjaman daripada yang esa. Kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini. Cuma, kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat.

"Doakan yang baik-baik, semoga yang baik-baik juga jadi kepada kalian. Saya sayang anda. Pencinta, atau pembenci, saya masih sayangkan anda," katanya.
Tambah Fasha lagi, setiap teguran itu bermakna, orang masih mengambil tahu dan sayangkannya.

"Orang tegur, kecam, puji, bermakna orang masih ambil tahu dan sayang. Dalam dunia ini, perlu ada orang tegur dan kecam juga untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik. Insya-Allah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: