"Saya tidak mahu komen hal ini, cuma harap Puteri Sarah menjaga batas dalam berkawan dengan mana-mana lelaki dikenalinya. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan anak-anaknya.
"Soal jodoh biarlah takdir yang tentukan," ujar pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, yang menyifatkan soal jodoh baru bekas menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana, biarlah takdir yang menentukannya.
Ini kerana kata Yusof, dia enggan mencampuri urusan peribadi Puteri Sarah, apabila ditanya mengenai hubungan rapat pelakon itu bersama usahawan dan pelakon Indonesia, Andi Arsyil Rahman, 36, yang begitu disokong peminat.
Klik untuk gambar besar
Pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah bercerai talak satu dengan pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof, 39 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai Puteri Sarah selepas dia memuat naik gambar tangan di Instagram mendedahkan identiti lelaki itu adalah pelakon Andi Arsyil Rahman Putra yang kini menjadi rakan kongsi perniagaannya untuk produk penjagaan kulit dan tudung.
Bukan itu sahaja, malah Puteri Sarah dan Andi Arsyil kelihatan amat mesra ketika muncul bersama membuat siaran langsung di TikTok sehingga menarik perhatian netizen di media sosial.
Dalam siaran langsung itu juga, aksi spontan Puteri Sarah yang terus menunjukkan isyarat tangan ke arah Andi Arsyil ketika ditanya segelintir netizen berkaitan 'di manakah suaminya' itu terus mengundang pelbagai spekulasi mengenai hubungan sebenar mereka.
Rata-rata netizen yang menonton siaran langsung Tik Tok berkenaan meninggalkan komen positif dengan mendoakan agar Puteri Sarah dipertemukan jodoh yang baik serta menyayanginya dan anak-anak seikhlas hati.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment