"Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka, namun mereka hadir ke dalam hidup saya dalam proses kerja dan jatuh cinta.
"Seorang daripada mereka (Erra) berikan seorang cahaya mata. Seorang lagi (Bella) perkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.
"Dan seorang lagi (Nabila), menjadikan saya anak yang lebih baik untuk Mummy. Jadi, itu semua takdir pertemuan kami," tulis Engku Emran menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Engku Emran itu telah menjadi perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa berbesar hati dipertemukan dengan tiga wanita yang pernah bergelar isterinya.
Dalam hantaran itu, Engku Emran juga sering bertanyakan kepada Allah mengapa dia dipertemukan dengan tiga wanita yang hebat dan setiap daripada mereka membawa makna dalam kehidupannya.
Sementara itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu, dia ada menerima banyak mesej daripada orang luar dan rakan-rakan, selain memaklumkan dia dalam keadaan baik begitu juga anaknya, Aleesya.
"Saya terima banyak mesej daripada orang luar, kawan-kawan, rakan sekerja dan keluarga yang bertanyakan sama ada saya okay.
"Saya tahu anda semua risaukan keadaan saya mengenai 'sampah-sampah' yang bertebaran di alam siber. Saya tahu, ia kadang kala tak dapat dielakkan kerana cerita-cerita ini muncul tanpa anda cari. Apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya okay dan begitu juga Aleesya," katanya lagi.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment