"Apabila saya melihat foto dua selebriti Hollywood terkenal (Vin Diesel dan The Rock) yang berimej botak itu, saya fikir okaylah kalau botak pun. Mereka tetap kelihatan menawan.
"Malah, saya berasa seperti menipu diri sekiranya memakai rambut palsu seperti malam tadi hanya untuk mengukir sebuah senyuman di wajah," ujar cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, 65, menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Chef Wan yang menghidap kanser limfoma, berkata, beliau sebenarnya yakin saja berjalan ke sana sini dengan imej botak itu tanpa perlu memikirkan tanggapan orang lain terhadapnya.
Klik untuk gambar besar
"Apa yang pasti doktor memaklumkan keputusan pemeriksaan darah saya berada pada tahap okay dan dibenarkan balik ke rumah sejak kelmarin selepas selesai rawatan kemoterapi yang kelima.
"Saya boleh makan seperti biasa, apa saja makanan yang diinginkan, perlu mendapat rehat yang cukup dan sentiasa rajin bersenam untuk membina tenaga dan kekuatan dalaman diri menjadi lebih bersemangat," katanya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen-komen pembakar semangat untuk Chef Wan berjuang melawan kanser limfoma yang difahamkan berada di tahap dua itu.
Pada 3 Ogos lalu, Chef Wan membuat perkongsian di Instagram mengenai keadaan kesihatannya yang disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).
Dalam hantaran dibuat berkenaan, beliau juga memaklumkan dirinya perlu menjalankan rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment