25 September 2023

KENA SERANGAN JANTUNG - MOHD NOR BOND BAKAL JALANI PEMBEDAHAN SEKALI LAGI PADA 6 OKTOBER NANTI



Pelakon dan pengarah veteran, Mohd Nor Bond, 64, telah mengalami serangan jantung di kediamannya di Hulu Klang, di sini, kelmarin dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Jelas Mohd Nor, dia mula menyedari perkara itu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas dan sakit dada teruk.

"Ketika kejadian saya berada di rumah dan tiba-tiba saya mengalami sakit dada teruk sehingga sesak nafas dan muntah. Tanpa fikir panjang saya terus bergegas ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Namun, sebaik tiba doktor memaklumkan saya mengalami serangan jantung selepas salur darah jantung tersumbat 100 peratus. Kemudian doktor terus merujuk saya ke IJN untuk membuka saluran darah koronari yang sempit dengan meletakkan belon," katanya.

Klik untum gambar besar
Tambah Mohd Nor, dia sepatutnya hari ini perlu menjalani satu lagi prosedur rawatan, namun memilih untuk menangguhkannya.

"Saya minta cuti rehat sekejap dan akan melakukan satu lagi pembedahan pada 6 Oktober ini. Alhamdulillah hari ini saya dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah.

"Sebenarnya saya tak pernah hidap sebarang penyakit serius. Ini adalah pengalaman pertama dan pengajaran untuk saya supaya sentiasa menjaga kesihatan," tuturnya yang dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti menghisap rokok demi kesihatan.

"Saya ingin berterima kasih kepada kakitangan hospital dan IJN kerana menjalankan kerja dengan begitu profesional, pantas dan cekap," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: