25 September 2023

"SAYA REDA DENGAN KETENTUAN-NYA" - NOOR NABILA & ENGKU EMRAN AKHIRNYA SAH BERCERAI, BERSYUKUR URUSAN SELESAI SECARA BAIK



"Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.
"Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.

"Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan."

Demikian kata Noor Nabila yang kini telah pun sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, jam 12.51 tengah hari, hari ini.

Ketika dihubungi, Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa, memberitahu, dia reda dan menyifatkan perceraian itu sebagai takdir yang sudah tertulis.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, perceraian kali ketiga dalam rumah tangga bukan sesuatu yang dirancang sebaliknya adalah satu ketentuan.

"Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda.

Klik untuk gambar besar
"Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan.

"Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya," tuturnya.

Terdahulu, Nabila yang berkahwin dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021, memaklumkan dia dan suaminya itu bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina bersama itu.

Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: