"Selepas saya kerap memberikan susu ibu, beratnya bertambah ke 870 gram. Semoga saya terus diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menyusunya."
Itulah jelas penyanyi Min Yasmin, 34, yang meluahkan syukur apabila bayi lelakinya yang dilahirkan pramatang pada 16 September lalu itu kini menunjukkan perkembangan positif dengan pertambahan berat badan.
Kata Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, ketika bayi sulungnya itu dilahirkan, berat badan 880 gram sebelum berkurang ke 810 gram dan terkini 870 gram.
Dalam masa sama, penyanyi lagu 'Masi Malasa' ini juga bersyukur kesihatannya semakin baik, walaupun kini masih masih berada di hospital untuk pemantauan, berikutan melahirkan bayi pramatang pada usia kandungan mencecah 30 minggu secara pembedahan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Min dan suaminya yang juga komposer iaitu Julfekar belum memutuskan nama penuh bagi anak sulung mereka itu.
Bagaimanapun, Min yang popular di Filipina itu berkata, setakat ini dia dan suami baharu memutuskan pangkal nama Muhammad manakala selebihnya belum diputuskan.
"Semua berlaku cepat sehingga nama untuk anak sulung pun kami belum sempat putuskan lagi. Tetapi setakat ini, pangkal nama yang kami pilih adalah Muhammad.
"Suami pun baru tiba di Sabah dari Filipina awal pagi semalam. Insya-Allah kami akan berbincang dan memaklumkan kepada semua nanti," tutur Min yang ditemani suami dan ibunya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment