25 September 2023

DIANA DANIELLE : "SAYA BERGANTUNG NYAWA DENGAN DIA (FARID KAMIL)..."



"Dalam sesetengah perkara dalam hidup saya, saya bergantung nyawa dengan dia sebab dia ada satu energy yang sangat tenang.
"Jadi saya pula more reactive and more emotional, contohnya kalau dia keluar bekerja selama satu dua bulan saya boleh rasa energy dekat rumah tu macam berkurang. Mana tempat bergantung tu? Macam hilang energy tu.

"Saya boleh jadi sangat sedih tapi saya rasa saya sangat bergantung pada Farid subsconciously and not realizing how much he means to my world.

"And how much I feel dia tu seorang yang mampu protect saya dalam segala perkara. Jadi, bila dia tak ada tu macam who's gonna protect me and my kids?"

Klik untuk gambar besar
Demikian jelas pelakon Diana Danielle menerusi video temu bual yang tular di TikTok, dimana dia mengakui bahawa dirinya banyak bergantung kepada suaminya, pelakon Farid Kamil.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu telah pun kembali rujuk pada 31 Ogos lalu ketika masih dalam tempoh edah.

Tambah Diana lagi, suaminya itu umpama tempat dirinya bergantung nyawa dan merupakan pelindung dirinya dan anak-anak.



Malah, kata Diana, apabila suami tiada disisi, dia akan berasa sangat sedih. Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menyatakan setiap individu perlu menghargai diri sendiri.

"Kita sebagai isteri kita sentiasa switch on. I enjoy my own time tapi bila tak ada tu macam 'alah nak masak untuk dia'.

"Bila kita hanya fikir pasal tanggungjawab dan fikir tentang orang lain dan people's needs and eventhough your family tapi kita pun perlu harga masa dengan diri sendiri and learn to be with yourself.

"Sebab saya selaly percaya Allah akan tarik semua yang kita ada dalam sekelip mata. Jadi, selesalah dengan diri sendiri. No matter what you know, you can only be and have yourself," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: