"Selama 28 tahun sebagai isteri dia (Rosland), saya sangat menghormatinya sebagai suami. Saya tidak pernah bertindak yang bukan-bukan di belakangnya, apa lagi memburuk-burukkan dia di media. Tak ada.
"Alhamdulillah saya dapat meluahkan serba sedikit apa yang dirasakan dengan soalan-soalan yang membawa saya mengimbau semula semua situasi permasalahan berlaku sejak dari hari pertama sehingga kemuncaknya, saman nusyuz dibuat."
Demikian ujar bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 50, dimana dia berpuas hati dengan kenyataan balas diberikannya di mahkamah berhubung kes nusyuz yang difailkan oleh bekas suaminya, Rosland Othman, 50, pada Disember 2021 lalu.
Sebelum ini, Rosland memfailkan kes nusyuz itu terhadap Adibah ketika mereka masih suami isteri atas faktor alasan ingkar perintah suami apabila tidak meminta izin ketika keluar dari rumah pada 24 September 2021.
Tambah Adibah, dia berasa bersyukur apabila dapat menjawab dengan tenang, selain berharap mendapat keputusan yang adil daripada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, bekas madu Miera berkata, dia percaya mana-mana wanita yang berada di dalam situasi sepertinya apabila diabaikan dan tidak mendapat hak yang wajar akan bertindak membawa diri seketika untuk mencari ketenangan dan terus cuba bertahan.
"Walaupun tak dilayan dan mendapat keadilan (ketika masih suami isteri), kita cuba bertahan sebaik mungkin sebab kita tak nak runtuhkan rumah tangga, tapi nampaknya macam itulah (bercerai)," katanya.
Sambungan kes nysyuz difailkan Rosland selaku plantif dan Adibah sebagai defendan itu dibicarakan di hadapan Hakim Abdul Fattah Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, Khamis lalu.
Adibah diwakili peguam, Junid Ramali, manakala Rosland diwakili Nurul Balqis Nordin. Perbicaraan kes nusyuz ini disambung pada 31 Oktober depan untuk Adibah menampilkan saksi bagi pihaknya.
Terdahulu, Adibah sah diceraikan talak satu oleh Rosland yang juga ahli perniagaan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 3 Ogos lalu.
Mereka yang sudah hidup bersama selama 28 tahun, mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.
Rosland kemudianya telah berkahwin kali kedua dengan pelakon Miera Leyana pada Julai 2020 lalu dan hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment