"Alhamdulillah, saya sudah menamatkan zaman duda dan tahun ini beraya bersama keluarga baru dan keluarga lama. Itu saja yang dapat saya kongsi kerana enggan memperbesarkan perkara ini.
"Cukuplah saya kongsikan berita gembira ini. Jika diikutkan, saya sendiri jarang berkongsi mengenai bekas isteri sebelum ini. Jadi biarlah privasi itu disimpan buat saya.
"Apa yang boleh saya kongsi, saya sudah menamatkan zaman duda. Hubungan isteri dan bekas isteri serta anak-anak juga baik. Isteri saya pernah bekerja dengan saya dan masih bekerja dengan saya.
Itulah kata pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki yang mengaku bahawa dia sudah berkahwin tahun ini dengan wanita pilihannya yang berasal dari Johor dan kini bekerja dengannya.
Dalam temubual secara eksklusif, Afdlin bagaimanapun berkata, dia enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu ia dijadikan 'highlight'.
Terdahulu, bekas isteri Afdlin iaitu Maria Christina Orow Abdullah berkongsi rumah tangga yang dibina selama 25 tahun bersama Afdlin telah pun'runtuh' apabila bercerai pada April tahun lalu.
Difahamkan, hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik C0V1D sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai.
Biarpun sudah bercerai, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak.
Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment