24 September 2023

ENGKU EMRAN : "KAMI BERDUA SUDAH MELALUI TIGA PERKAHWINAN, KAMI BERDUA TAHU APA YANG KAMI MAHU DALAM HIDUP..."



"Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal.
"Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti. Jangan keluarkan kata-kata atau hasilkan cerita macam kita tak ada agama. Jaga adab dan hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga mak dan ayah. Don't cause them undue pain.

"Kami tidak pernah mengacau hidup sesiapa. In ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda. Respect our little space although it is not perfect."

Demikian tulis suami kepada Noor Nabila, Engku Emran menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia meminta orang ramai menghormati keputusan mengenai hal rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, status rumah tangga kakak kepada selebriti popular Neelofa itu akhirnya terjawab apabila Nabila memaklumkan dia dan suaminya bakal bercerai.

Dalam pada itu, Emran turut menyatakan perkahwinan bukan perkara yang mudah dan perkahwinan ketiga mereka ini bukan kegagalam sebaliknya ia sudah ditakdirkan sebelum kita dilahirkan di dunia lagi.

"Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing.
"Perkahwinan memang sukar. Yang mana pernah kahwin pasti tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat. Saya beritahu Nabila, tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis sebelum kita hidup di dunia ini.

"Ia adalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan, yang perlu kita tempuhi untuk mencari keredaan-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya itu sudah menjadi satu kejayaan besar.

"Sekali lagi saya memohon anda semua menghormati ruang kami. Kami sedang melalui waktu sukar. Doakan semoga semoga Allah permudahkan segala urusan kami berdua," katanya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: