24 September 2023

MUZIK VIDEO SINGLE TERBARU - AYDA JEBAT, NABIL MAHIR TERIMA KEJUTAN BAKAL TIMANG ANAK LELAKI



Semua sedia maklum, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi iaitu dijangka lahir hujung tahun ini.
Baru-baru ini, pasangan itu telah menerima kejutan apabila mereka bakal menimang anak lelaki selepas mengetahui berita gembira tersebut sebaik menonton video muzik single terbaharu Ayda berjudul 'Be Mine' yang dilancarkan semalam.

Jelas Ayda, jantina anak keduanya itu hanya diketahui pengarah video muzik 'Be Mine', Rewan Ishak selepas memberikan sampul yang mengandungi maklumat jantina anak mereka kepada pengarah itu.

Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya saya dan Nabil memang tak tahu jantina anak kedua kami. Hanya Rewan saja yang tahu. Jadi ketika proses penggambaran dijalankan, Rewan membuat dua versi kejutan sama ada bayi kedua ini lelaki atau perempuan.

"Proses suntingan pun dia buat seorang diri. Jadi tayangan video muzik hari ini adalah satu kejutan buat kami sekali gus mengundang pelbagai emosi," katanya.
Pengumuman jantina itu turut menyentuh emosi pasangan ini yang kelihatan sebak, selain terdapat tetamu yang mengalirkan air mata.

Malah Nabil dilihat sujud syukur sejurus mengetahui jantina anak keduanya itu dan dalam masa sama, Ayda turut meraikan ulang tahun puteri sulungnya, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
"Kami memang sudah lama rancang majlis hari ini memandangkan lagu 'Be Mine' ini sudah tiga tahun disiapkan dan hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk dilancarkan lebih-lebih lagi tarikhnya hampir dengan ulang tahun Nayla," jelasnya.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua, selepas dikurniakan anak sulung perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: