23 September 2023

MILIKI RUMAH - IMPIAN ZAITON SAMEON BAKAL TERCAPAI



Nampaknya impian penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, untuk miliki rumah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Aiman Athirah Al Jundi ketika mengunjungi penyanyi itu serta menawarkan Rumah Selangorku.

Zaiton yang kini menumpang dengan anak angkatnya, Che Sikah Ismail atau Ika, 47, dengan menyewa rumah di Bukit z RM1,000 sebulan itu meminta bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur, itu

"Mereka akan uruskan semuanya dan katanya rumah yang dekat-dekat (dalam kawasan Kuala Lumpur). Saya bersyukur dan terharu ramai yang prihatin nak membantu.

"JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Lembaga Zakat pun ada bagi sumbangan. JKM juga nak bagi duit bulanan. Mereka kata dalam masa terdekat ini.

"Begitu juga Zakat tengah dalam proses nak bagi duit bulanan. Ada juga orang persendirian bagi sumbangan duit dalam jumlah yang banyak tapi minta namanya dirahsiakan," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Menaruh Harapan' ini berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantar wakilnya iaitu Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi untuk melawat serta menyampaikan bantuan pada 19 September lalu.

Pada lawatan berkenaan, Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menyumbangkan bantuan ikhlas berupa wang tunai kepada Zaiton dan bakul makanan sebagai tanda prihatin kepada kesempitan hidup Zaiton.

Hadir sama dengan Ahmad Farhan di kediaman Zaiton Sameon ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Pejabat Perdana Menteri, Khairy Maamor, wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor dan wakil JKM Hulu Langat.

Pada Ahad lalu, Zaiton dilaporkan amat memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada JKM untuk mengurangkan bebanan kos sara hidupnya.

Bagaimanapun, dia berhadapan masalah apabila tidak tahu bagaimana prosedurnya untuk mengisi borang permohonan bantuan dan berharap pihak JKM dapat membantu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: