23 September 2023

TAHNIAH - NOH SALLEH KINI SUAMI PEGUAM, ATHIRA



"Athira dan Noh. 23 September 2023," demikian tulis penyanyi Noh Salleh menerusi hantaran terbaru, dimana dia telah selamat menamatkan zaman dudanya bersama pilihan hatinya, Fatin Athirah Mustapa atau Athira yang juga seorang peguam, hari ini.
Dalam hantaran tersebut, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, turut berkongsi foto pernikahannya dan Athira, 30, yang dilihat tampil ryingkas dengan persalinan berona putih dalam majlis bahagia mereka itu.

Baru-baru ini, Noh memperkenalkan Athira kepada umum buat pertama kali, selain mengakui wanita itu tunangnya dan mengumumkan mereka akan berkahwin minggu ini.

Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran video yang dikongsi seorang pengguna TikTok yang mencuri perhatian netizen, vokalis kumpulan Hujan itu sempat berkongsi rasa teruja bakal bergelar suami kepada Athira.

Dalam masa sama, Noh dilihat turut menunjukkan kehadiran tunangnya sebelum memulakan persembahan dalam sebuah acara.

Lagu yang dinyanyikan Noh iaitu 'Biar Seribu' pada acara tersebut, dianggap sebagai simbolik cinta antara mereka.
Rata-rata peminat yang singgah ke ruangan komen itu meluahkan rasa teruja dan mendoakan majlis pernikahan Noh dan pasangannya berjalan lancar.

Sebelum ini, pasangan terbabit melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu. Kemudiannya, kad undangan untuk majlis perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Untuk makluman, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu. Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: