"Sepanjang mendirikan rumah tangga saya tidak pernah merasa solat berjemaah. Tak pernah sekali awak menjadi imam. Saya belajar dan mengikuti kelas mengaji sendiri dengan bayaran secara online serta fizikal. Al-Fatihah pun awak tak pernah ajar.
"Nafkah awak tak bagi langsung pun saya terima. Bulan demi bulan, masuk ke tahun lamanya berjanji untuk bekerja," dedah bekas menantu bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, mengenai bekas suaminya, Mohd Zaiza.
Sofia yang merupakan seorang mualaf itu menjelaskan, dia tidak pernah merasai nikmat solat berjemaah sepanjang berkahwin dengan Mohd Zaiza.
Dakwa Sofia lagi, bekas suaminya itu juga tidak pernah memberikan pendidikan agama. Dek kerana itu, dia belajar tentang agama Islam menerusi kelas secara fizikal dan dalam talian.
Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, Sofia yang meluahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya itu turut mendakwa anak Zaidin Abidin gagal memberi nafkah buat keluarga kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Dalam pada itu, Sofia juga berkongsi kisah dimana dia pernah melalui waktu sukar apabila Zaiza bertindak melelong kediaman mereka sehingga terpaksa menumpang teduh di kediaman seorang sahabat.
Malah, Zaiza turut mengambil kesempatan apabila dia melarikan dua anak mereka ketika Sofia sedang bekerja.
"Awak lelong rumah dan buat saya hilang tempat berteduh dan bawa lari anak-anak ketika saya tengah bekerja sebab awak tak bayar rumah. Awak lelong sekali dengan segala barang di rumah," jelasnya.
Sementara itu, menerusi satu hantaran berbeza, Sofia yang bertugas sebagai seorang pramugari ini telah menjawab dakwaan Zaiza, dimana dia menuduh bekas isterinya itu sengaja meninggalkan rumah, sedangkan dia keluar bekerja.
"Takkan nak heret kau masuk kapal terbang. Tak makan kau, kalau aku tak keluar bekerja," katanya yang bercerai talak satu dengan Zaiza di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 14 Jun lalu, selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016.
Pada 14 September lalu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan dan memukul Sofia yang dilakukan pada 10 Februari lalu di kediaman wanita itu di Cyberjaya, Selangor.
Untuk makluman, hasil perkahwinan tersebut, Zaiza dan Sofia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment