22 September 2023

"SOAL JODOH ITU URUSAN ALLAH... AZAL JUGA ADA PERASAAN" - ZARINA ZAINUDDIN DEDAH AZAL BERKAWAN RAPAT DENGAN WANITA INDONESIA



"Azal juga ada perasaan. Saya mahu seorang yang boleh menjaga dia nanti... Apabila tengok Rahmah saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri.
"Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tidak meletakkan harapan tinggi," kata pelakon Zarina Zainuddin, 53, yang mendedahkan anak lelakinya iaitu Muhammad Raizal Azrai, 27, atau Azal sedang berkawan rapat dengan seorang wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah.

Jelas Zarina, 53, mereka bertemu sejak awal tahun lalu apabila sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura, namun hanya mula rapat sejak bulan lalu.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu meletakkan harapan tinggi hubungan anaknya itu akan berakhir ke alam perkahwinan dan sebagai ibu hanya mampu berdoa yang terbaik buat Azal.

Klik untuk gambar besar
"Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkenalan. Hubungan mereka masih baru lagi.

"Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana," tuturnya yang sebelum ini berkongsi gambar Azal dan Rahmah, 26, berserta kapsyen mendoakan semoga pasangan itu bertemu jodoh.

Bercerita lanjut, Zarina atau nama penuhnya, Nur Zarina Mohd Zainuddin, memberitahu pada awalnya Azal sukar untuk menerima Rahmah kerana wanita itu bertudung.
Dalam pada itu, Zarina yang juga merupakan seorang usahawan ini turut memberitahu, Rahmah menerima baik keadaan Azal yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) autisme.

"Dia (Rahmah) tahu kondisi Azal dan boleh menerima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin.

"Pada awalnya memang Azal tak suka Rahmah sebab dia bertudung. Namun saya terangkan kepada Azal carilah wanita yang pandai menjaga agama dan kemudian dia faham," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: