22 September 2023

NOOR NABILA MAKLUM BAKAL BERCERAI DENGAN ENGKU EMRAN DALAM WAKTU TERDEKAT



"Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
"Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

"Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan."

Demikian jelas kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila yang memaklumkan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal bercerai dalam waktu terdekat.

Klik untuk gambar besar
Ketika dihubungi media, Nabila berkata, keputusan itu dibuat selepas Engku Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.

Namun begitu, Nabila enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya mahu membiarkan perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.

"Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
"Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

"Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari-Nya untuk saya dan anak lalui," katanya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu didakwa sudah retak menanti belah, selepas sumber rapat kepada pasangan itu memberitahu, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: