22 September 2023

BAYI LELAKI DILAHIRKAN PRAMATANG (880 GRAM) DIJANGKA BERADA DI INKUBATOR DALAM 2 BULAN - SUAMI MIN YASMIN MOHON DOA



"Mohon doakan keselamatan dan kesihatan sepenuhnya bayi pramatang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan setengah) ini. Semoga anak kami ini mampu membesar dengan sihat seperti anak-anak yang lain. Semoga anak ini menjadi seorang anak yang soleh dan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan keluarga."
Itulah kata suami kepada penyanyi Min Yasmin iaitu komposer, Julfekar Ahmad Shah yang memohon doa daripada semua untuk keselamatan dan kesihatan bayinya yang dilahirkan pramatang dengan berat 880 gram ketika berusia 30 minggu bersamaan tujuh bulan setengah itu.

Pada 16 September lalu iaitu tarikh sambutan Hari Malaysia, penantian 10 tahun Min dan Julfekar berakhir apabila pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pertama mereka yang merupakan bayi lelaki yang selamat dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Sabah (HWKKS) di Kota Kinabalu di sini.

Klik untuk gambar besar
Berita gembira itu dikongsikan oleh Julfekar sendiri menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa lalu, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila isteri dan bayi pertama mereka berada dalam keadaan selamat.

Dalam pada itu, Julfekar turut memaklumkan, bayi lelakinya itu dijangka perlu diletakkan di dalam inkubator untuk jangka masa dua bulan bagi pemantauan.
"Penantian cahaya mata setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga bersama. Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam. Min telah dikejarkan ke HWKKS dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.

"Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah serta merta," tulis Julfekar yang kini berada di Filipina dan memaklumkan, dia akan pulang ke Sabah dengan segera selepas tugasannya selesai.

"Pada siang 16 September lalu, Min pergi membuat pemeriksaan. Bagaimanapun, dia dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Beberapa hari sebelum Min bersalin, saya sudah terbang ke Filipina.
"Saya hendak pulang terus ke Sabah sebaik menerima berita itu tetapi Min meminta supaya menyelesaikan segala tugasan terlebih dahulu, selain meminta supaya tidak terlalu bimbang tentang keadaannya kerana ibu bapa Min juga sudah tiba di sana menemaninya," jelasnya.

Sementara itu, Min yang menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu seorang dirinya tanpa suami di sisi itu menjelaskan, dia tidak menjangka akan bersalin awal, malah katanya lagi, bayinya ini merupakan 'bayi terkejut'.

"Kami pun tak jangka akan sambut awal kelahiran ini. Suami saya ke Filipina atas urusan kerja. Selepas selamat bersalin, saya beritahu supaya dia tidak perlu terlalu segera nak pulang dan selesaikan dahulu kerja.
"Bayi ini memang 'bayi terkejut'. Masa awal kehamilan kami tidak tahu sehinggalah tempoh hamil empat bulan. Sekarang bersalin pun terkejut juga," ujarnya.

Teruja sambut anak pertama, Min juga memberitahu, dia dan suami masih belum sempat membeli kelengkapan bayi secukupnya, memandangkan jangkaan bersalin pada bulan November depan.

"Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hospital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang. Nama anak juga belum fikir. Disebabkan bayi lelaki kami akan turut letak Muhammad pada awal nama," jelas Min yang mendirikan rumah tangga dengan Julfekar pada 4 April 2014.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: