"Saya beritahu doktor, badan rasa macam nak demam dan bila doktor periksa memang sudah demam pun kerana suhu badan sudah mencecah 40 darjah Celsius.
"Saya dimasukkan ke unit kecemasan dan diberikan 'drip' dengan paracetamol serta vitamin C.
"Badan saya berasa terlalu lemah dan tidak boleh berdiri. Rasa nak pengsan, tanpa sedar terus tertidur."
Itulah tulis pelakon Puteri Sarah menerusi Insta Story, dimana dia memberitahu dirinya terpaksa dirawat di unit kecemasan sebuah pusat perubatan swasta di sini, kelmarin kerana mengalami demam panas, sejak lima hari lalu.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran tersebut, Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan, dia ke hospital kerana badannya berasa lemah dan tidak boleh berdiri ketika itu.
"Lima hari demam, badan rasa panas tapi tak rasa cuma saya berasa penat. Badan lemau tapi sebab semangat bekerja kuat tak rasa sebenarnya sedang sakit," kongsinya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga menasihatkan kepada orang ramai untuk terus ke hospital jika berasa tidak sihat.
"Alhamdulillah, saya sudah check (periksa) darah dan tiada apa-apa yang merbahaya. Pengajarannya, kalau berasa tak sedap badan pergilah periksa cepat kerana takut jadi lagi teruk," katanya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment