27 October 2023

BEREHAT 15 TAHUN - WAHEEDA 'WASSINI' BAKAL KEMBALI : "MEDIUM UTAMA UNTUK SEBARKAN ILMU"



"Untuk kehadiran semula ini, saya membawa matlamat untuk menjadikan karya-karya muzik yang saya hasilkan sebagai medium utama untuk menyebarkan ilmu."
Demikian kata penyanyi Waheeda 'Wassini' yang mengumumkan bahawa dia bakal kembali ke arena seni selepas hampir 15 tahun berehat.

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar cerita mengenai Waheeda atau nama sebenar Norwahidah Abdul Wahab, 44 tahun, yang pernah popular dan diminati suatu ketika dulu.

Berhubung kemunculannya itu, Waheeda berkata, dia mahu berkongsi ruang dengan bakat-bakat seni tanah air yang lain, selain juga ingin membuka ruang kepada mereka yang telah lama mencuba nasib untuk berkongsi karya seni mereka di pasaran semasa.

Klik untuk gambar besar
"Saya menyimpan impian untuk lihat hasil kerja seni saya dan anak-anak Malaysia yang lain berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa.

"Saya juga terbuka untuk berkerjasama dengan pengkarya seni dari luar negara dalam mengembangkan lagi pengaruh muzik saya," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama penceramah bebas Akhil Hayy sebelum ini.

Dalam pada itu, Waheeda turut berkongsi sepanjang dalam tempoh berehat, dia mengasah bakat dalam bermain alat muzik seperti biola dan turut meningkatkan kemahiran mengendalikan piano.

Difahamkan, peminat dijangka dapat mendengar single terbaru Waheeda pada awal tahun 2024.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: