05 October 2023

"BILA DIA (SYAMSUL YUSOF) DATANG RUMAH, DIA MAKAN DUA KALI, EHHH TERCAKAP PULAK" - PUTERI SARAH



"Sebab tu lah bila dia datang rumah, dia makan dua kali. Ehhh tercakap pulak. Kadang-kadang dia datang nak tengok anak, pastu dia makan dua kali, ehhh."
Itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang sempat berseloroh mengatakan bekas suaminya, Syamsul Yusof pernah singgah makan dua kali di rumahnya ketika melawat anak-anak.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan Puteri Sarah berkongsikan mengenai hubungan baiknya dengan bekas suaminya itu yang tetap terjalin demi kedua-dua anak mereka, Shaikhul dan Sumayyah, meskipun sudah bercerai.

Menerusi video itu juga, Puteri Sarah turut memberitahu, Syamsul sering melawat anak-anak serta membawa keluar untuk beriadah bersama.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen memahami bahawa Puteri Sarah mungkin sedang 'mengusik' Ira Kazar.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Ira dipuji netizen apabila sering berkongsikan resepi di media sosial miliknya.

Malah, ramai juga yang memuji suara Ira sedap di dengar serta mengatakan patutlah Syamsul terpikat.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: