"Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia."
Itulah ujar isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, dalam satu siaran langsung di TikTok, dimana dia berkata mengenai kifarah atau balasan yang diterima isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dalam satu siaran langsung dibuat Nilam di TikTok.
Bagaimanapun, Nur Nilam tidak memperincikan maksud di sebalik Ira sudah menerima kifarah, sebaliknya memberitahu wanita itu sudah reda dan ikhlas dengan ujian yang dilaluinya.
"Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga," tuturnya lagi.
Menerusi video tersebut, kelihatan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, sedang duduk di sisi Nur Nilam sambil bermain telefon.
Namun, Ira dilihat tidak memberi sebarang reaksi terhadap luahan Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum sambil bermain telefonnya.
Kenyataan itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan netizen sehingga ada yang memintanya bercerita lebih lanjut mengenai kifarah diterima Ira itu.
Klik untuk gambar besar
Kehadiran Ira dalam video siaran langsung Nur Nilam turut mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut.
Rata-ratanya meninggalkan komen yang memintanya untuk beredar dari siaran langsung itu, selain ada yang mengimbau kembali busana Ira sewaktu majlis pernikahannya dengan pengarah handalan itu.
Biarpun dihujani pelbagai komen negatif tetapi Ira tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum.
Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 6 Januari lalu.
Sebelum itu nama Ira 'panas' susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.
Bagaimanapun, pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah sudah pun berakhir dengan lafaz cerai talak satu.
Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment