02 October 2023

"SAYA TAHU, SAYA ISTERI ORANG" - ELLY MAZLEIN TAMPIL JELASKAN DIA TAK PERNAH SENTUH PESERTA LELAKI DI PENTAS, CUMA 'MENGGELITAT'



"Saya menghormati semua pendapat, tak kisahlah siapa pun termasuklah daripada artis, pengacara atau pelakon. Malah, daripada mereka yang pernah mengacarakan satu program dengan empat hingga lima pengacara. Pada saya, saya sayang anda semua.
"Kalau 24 jam saya bawakan watak Kak Lina Pom Pom pun, penat juga. Kalau di rumah, saya seperti biasa dengan watak diri saya begini. Cumanya, bila saya dah berada di atas pentas, saya kena pelbagaikan watak sebab kita mengendalikan program hiburan.

"Saya tahu, saya isteri orang. Jadi, sebab itulah saya saya tak pernah sentuh peserta lelaki di pentas, tetapi cuma 'menggelitat'. Tapi, bila ada orang tegur, kita kena terimalah teguran itu dan perbaiki kekurangan. Semua orang ada hak masing-masing untuk menegur."

Demikian jelas penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, yang berkata, dia menerima setiap pendapat yang mengkritik caranya mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Klik untuk gambar besar
Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, dia bukan saja dikritik oleh netizen di media sosial, malah artis dan juga pengacara lain turut mengkritiknya.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, memberitahu, karakter Kak Lina itu diwujudkan ketika mengendalikan program hiburan adalah kerana dia perlu mempelbagaikan watak.

Jelas Elly lagi, dia tahu batasnya sebagai seorang isteri dan mengambil setiap teguran dengan terbuka untuk perbaiki kekurangan tersebut.
Sebelum ini, perkongsian pengacara, Che Puan Sarimah menjadi perhatian apabila dia menulis hantaran di aplikasi X mengenai program yang diacarakan tiga pengacara itu selepas konsert minggu pertama ASGV.

"Hmm.. Kenapalah kena ada ramai sangat? Maksud saya seorang okay, dua orang okay. Tiga.........," tulis Sarimah sebelum dia tampil mengatakan perkongsiannya itu adalah mengenai hubungan cinta.

Kemudian, Sarimah dilihat ada memuat naik ciapan bertanya sama ada, ada pihak yang terasa dengan hantaranya itu : "Erm... Kita sembang pasal cinta. Tapi, adakah yang terasa?"

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: