02 October 2023

AL-FATIHAH - SUAMI NONISWARA KEMBALI KE RAMAHTULLAH



Pada jam 10.16 malam semalam, suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu usahawan Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini, akibat strok.
Kata Nonis, 54, jenazah suaminya yang berusia 60 tahun itu sudah pun dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Mustaqim, Ampang, Selangor dan kini dalam perjalanan ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

"Arwah sudah sebulan duduk di hospital sebab terkena strok. Kami agak lambat bawa arwah ke hospital, tetapi ajalnya sudah tiba. Arwah sudah 28 jam kena strok baru kami bawa ke hospital.

Klik untuk gambar besar
"Dua minggu pertama keadaan arwah okay, tetapi terkena jangkitan kuman di paru-paru. Selepas 34 hari di hospital, arwah nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), semalam.

"Sekarang kami dalam perjalanan ke tempat kelahiran arwah di Kuala Krau dan ibu bapanya. Rumah tahfiz yang dibina juga ada di sana," jelasnya.

Nonis tidak dapat menahan sebak ketika mengenang sifat arwah, dimana katanya, arwah cukup disenangi, suka bergurau dan manja.
"Arwah suka bergurau, baik hati, merendah diri dan banyak cakap. Selama sembilan tahun saya hidup bersamanya, arwah suka hiburkan hati saya.

"Iyalah memang sedih sebab benda baru berlaku, sangat terkejut, rindu pada arwah sebab saya banyak meluangkan masa bersamanya. Sembilan tahun hidup bersama, arwah memang manja orangnya," katanya.

Difahamkan, Nonis yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Sheikh Nordin sejak sembilan tahun lalu itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Allahyarham Sheikh Nordin juga bapa mentua kepada MK K-Clique atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, selepas penyanyi itu berkahwin dengan anaknya, Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.

Allahyarham dikenali sebagai individu yang mesra dan merendah diri, selain gemar melakukan kerja kebajikan terutama membabitkan pengajian agama.

Sejak tahun lalu, Allahyarham Syeikh Nordin menjadikan rumah agam miliknya di Kampung Batu Gading, Temerloh dinamakan Dato' Syeikh Residences sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: