02 October 2023

KETERLANJURAN KATA ELLY MAZLEIN - CLIFF UMAR AKUI TAK TERASA HATI : "DIA MEMOHON MAAF KEPADA SAYA..."



"Sebenarnya, saya pun tak dengar dia (Elly Mazlein) cakap apa waktu itu. Ketika dia memohon maaf kepada saya selepas program selesai, saya pun masih 'blur'. Saya tak ada terasa hati dan saya hormat mereka sebagai pengacara.
Itulah ujar penyanyi, Cliff Umar yang akui dia tidak terasa hati dengan keterlanjuran kata pengacara program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein, Ahad lalu kerana baginya, ia tidak bermaksud untuk merendahkan penampilan fizikalnya.

Pada konsert minggu kedua program tersebut, Cliff atau nama sebenanya, Umar Joseph Abdullah dan Suki Low, telah diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir.

Dalam pada itu, Cliff berkata, Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu juga sudah memohon maaf daripadanya.

Terdahulu, Elly yang gemar mengusik peserta-peserta lelaki di ASGV itu dicuit oleh Nabil dan ditanya, kenapa dia tidak terlalu mengusik Cliff.

Klik untuk gambar besar
Kemudiannya, Elly menjawab, "tengok orang jugalah" dan rata-rata menghentam ibu kepada dua cahaya mata itu yang kononnya dia merendahkan penampilan dan paras rupa Cliff.

Menurut Cliff lagi, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, hanya menjalankan tugasnya sebagai pengacara dan ingin menghiburkan penonton.

"Bagi saya, tak patut netizen menghentam dia. Dia hanya menghiburkan. Itulah cara hiburan dan netizen pun suka sebenarnya," katanya.

Sementara itu, Elly tampil menjelaskan, dia sudah memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada Cliff, pada minggu pertama ASGV.

"Sebenarnya kami semua dah rapat sebagai kawan-kawan dan kita dah biasa bergurau. Jadi, bila dah jadi kawan, ada gurauan yang menjadi kasar. Apapun, saya dah minta maaf dengannya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: