21 October 2023

ISTERI SHUIB TENANG JAWAB TUDUHAN M@NDUL : "SEMOGA DOA AWAK ITU BERBALIK PADA AWAK..."



Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah telah dituduh m@ndul oleh netizen, susulan kenyataannya belum sedia menimang cahaya mata sendiri.
Berhubung komen netizen itu, Watie dilihat tetap tenang dengan menjawab, dia baru saja tiga bulan mendirikan rumah tangga serta percaya dengan perancangan ditetapkan oleh Allah.

Dalam pada itu, Watie turut berkata, jika dia ditakdirkan tidak mempunyai zuriat sendiri, dia sudah pun mempunyai empat orang anak tiri sekarang.

Klik untuk.gambar besar
"Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalau Allah bagi, Alhamdulillah... Kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur.

"Ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang. Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak," tulisnya.

Sebelum ni, Watie dalam satu kenyataan memberitahu, fokusnya kini adalah memberikan perhatian yang cukup terhadap anak-anak tirinya kini yang semakin meningkat dewasa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: