21 October 2023

"BUKANLAH SATU HUKUMAN TAPI LEBIH KEPADA UJIAN..." - ACHEY AKUI TAWARAN UNTUK BOCEY MAKIN BERKURANGAN SEJAK ARWAH ABAM PERGI



Pelawak Achey, 37, mengakui kumpulan Bocey semakin jarang muncul di program televisyen disebabkan tiada tawaran daripada pihak stesen TV, selepas kematian Abam, tiga tahun lalu.
"Saya tak nak fikir apa-apa yang negatif tapi saya mengandaikan situasi ini berlaku disebabkan stesen TV anggap Bocey sudah tidak lengkap selepas Abam tiada.

"Mudah kata, semenjak Abam meninggal dunia, saya dan Fad kurang mendapat panggilan atau tawaran yang besar untuk karier kami khususnya di televisyen.

"Pendapat saya, mungkin pada pandangan pihak produksi di luar sana merasakan Bocey itu sendiri tidak lengkap tanpa tiga ahli asal," katanya.

Sering meraih kejayaan menerusi Bocey semasa Abam masih ada, Achey berkata, ini hanya pandangan peribadinya dan dia sering berbincang dengan Fad berkenaan perkara itu.

Klik untuk gambar besar
Tambah Achey lagi, mereka pernah melalui jerih perih dari dulu lagi untuk menaikkan nama Bocey, jadi ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk mereka mempertahankan nama Bocey sampai bila-bila.

"Apa-apa pun yang berlaku sekarang ini, kita hadap saja dan teruskan bawa nama Bocey. Kalau nak cari pengganti nanti dah tak jadi Bocey dah.

"Walaupun berdua, kita jalan sajalah. Sama ada kuat atau tidak, kita kena cuba sebaik mungkin. Kami optimis nak kekalkan jenama Bocey.

"Pada saya ia bukanlah satu hukuman tapi lebih kepada ujian buat Bocey. Ujian untuk kami sama ada kuat atau tidak untuk meneruskan karier kami. Atau adakah kami nak terus biarkan ia terkubur?" tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: