21 October 2023

DEDAH HAMIL 6 BULAN ANAK KETIGA - YANA SAMSUDIN ALAMI ALAHAN TERUK SEHINGGA MASUK HOSPITAL BANYAK KALI



"Sebelum ini, ketika saya hamil anak yang pertama dan kedua, suami yang umumkan, tapi yang ketiga ini saya tak umumkan pun.
"Namun, saya tidak boleh nak sorok perut yang semakin membesar ini. Kalau ada yang bertanya selepas ini, saya memang akan beritahu mengenai kehamilan ini."

Itulah kata pelakon dan pengacara, Yana Samsudin, 39, menjelaskan, dia tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan anak ketiganya yang kini sudah berusia enam bulan itu tetapi lebih selesa untuk tidak menghebahkan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Yana turut berkongsi, dimana dia mengalami alahan teruk pada kehamilan ketiga ini sehingga terpaksa beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Klik untuk gambar besar
Tambah isteri kepada pelakon dan penerbit Fadzil Zahari ini, dia mengalami alahan yang sangat teruk hingga susah nak bangun dan terpaksa baring saja siang dan malam di katil hospital.

"Nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga keluar dan masuk hospital. Banyak kali kena masuk air dalam badan dan masukkan vitamin juga.

"Sehingga usia kandungan mencecah lima bulan baru okay sikit. Pada masa sama, saya juga diuji dengan demam Influenza A, ketika kandungan berusia lima bulan," tuturnya.

Yana yang dijangka akan melahirkan anak ketiganya itu dengan kaedah pembedahan awal tahun depan itu berkata, doktor juga tidak galakkan untuk bersalin secara normal sudah dua kali dia melalui kaedah pembedahan sebelum ini.
Mengenai kehamilannya, Yana berkata, dia hanya berkongsi berita kehamilannya itu apabila usia kandungan sudah mencecah tujuh hingga lapan bulan pada kehamilan pertama dan kedua sebelum ini.

"Bagi saya, kalau masih lagi dalam tempoh awal kehamilan tidak beritahu pada orang pun okay lagi. Maklumlah, saya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali," ujarnya.

Mengenai jantina, Yana dan suami masih belum tahu tetapi mereka tidak kisah sama ada bayi perempuan atau lelaki. Mereka juga sudah ada sepasang anak lelaki dan perempuan.

Untuk makluman, Yana yang berkahwin dengan Fadzil pada Februari 2015 dan mereka memiliki dua anak iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: