22 October 2023

"SAYA TAK MAHU TERGESA-GESA (BERNIKAH), TENANG-TENANG SAJA" - SITI SALEHA



Pelakon Siti Saleha yang sudah hampir setahun bercinta dengan Joshua Fitton itu menjelaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk bernikah dengan jejaka pilihannya itu.
Ini kerana kata Saleha atau nama penuhnya, Siti Saleha Mohd Baharom, 33, dia enggan terburu-buru untuk ke fasa perkahwinan.

"No ( belum ada). Saya tak mahu tergesa-gesa. Tenang-tenang saja," katanya ketika ditemui pada sidang media siri terbaharu lakonannya, 'That Cover Girl', dimana dia tidak hadir sendirian, sebaliknya ditemani teman lelakinya yang menghadiahkan jambangan bunga sebagai simbolik kejayaan teman wanita itu dalam drama bersiri berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Saleha atau mesra disapa Sally itu pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar, sebelum bercerai pada tahun lalu. Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada hujung tahun lalu pula, Saleha telah membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang juga seorang pereka fesyen tempatan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: